Sumbangan Ikhlas Mangsa Tanah Runtuh

09 OGOS 2011 - Persatuan Siswazah Orang Asli Semenanjung Malaysia (PSOA) merasa terharu melihat Kg. Orang Asli Sg. Ruil, Tanah Rata, Cameron Highland dan menemui ahli-ahli keluarga mangsa di Dewan Serbaguna Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Brinchang, Cameron Highland.

PSOA yang diketuai oleh En. Rashid Ka’ (Presiden) turut menzahirkan rasa sedih dengan tragedi yang telah meragut tujuh nyawa termasuk empat wanita itu. Dua lagi mangsa mengalami cedera parah dan sedang menerima rawatan lanjut di Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh.

Ahli Jawatamkuasa PSOA yang menyertai rombongan lawatan kemanusiaan tersebut Pn. Sarimah Jamil (Setiausaha), Ir. Mahat Mat Dong (Bendahari), Cik Mariana, En. Hanizam, dan En. Md. Firdaus Ayak Bin Abdullah.

PSOA menghulur sumbangan ikhlas wang tunai, baju ‘T’ serta hamper berupa barangan makanan ringan kepada ahli keluarga mangsa, Tok Batin dan cenderahati kepada kanak-kanak sekolah, dimana keseluruhan dianggarkan lebih RM6,000.00. Turut sama di majlis penyampaian sumbangan tersebut En. Isa Bin Abd. Hamid, Pengarah JAKOA Negeri Pahang.

Persatuan Siswazah Orang Asli Semenanjung Malaysia (PSOA) merakamkan setinggi penghargaan dan terima kasih kepada kerajaan di bawah pimpinan Y.A.B. Perdana Menteri Malaysia, individu dan badan-badan bukan kerajaan yang perihatin, segera menghulur bantuan serta sumbangan ikhlas kepada ahli keluarga mangsa tragedi. 

 

Terakhir dikemaskini (Jumaat, 12 Ogos 2011 17:11)