MukaDepan Artikel Sejarah Silam Orang Asli
Koleksi Lensa
Joomla Templates and Joomla Extensions by JoomlaVision.Com

psoa.com.my psoa.com.my

psoa.com.my psoa.com.my

psoa.com.my psoa.com.my

psoa.com.my psoa.com.my

psoa.com.my psoa.com.my

psoa.com.my psoa.com.my

psoa.com.my psoa.com.my

psoa.com.my psoa.com.my

psoa.com.my psoa.com.my

psoa.com.my psoa.com.my

psoa.com.my psoa.com.my

psoa.com.my psoa.com.my

psoa.com.my psoa.com.my

psoa.com.my psoa.com.my

psoa.com.my psoa.com.my

psoa.com.my psoa.com.my

psoa.com.my psoa.com.my

psoa.com.my psoa.com.my

psoa.com.my psoa.com.my

psoa.com.my psoa.com.my

psoa.com.my psoa.com.my

psoa.com.my psoa.com.my

psoa.com.my psoa.com.my

psoa.com.my psoa.com.my

psoa.com.my psoa.com.my

psoa.com.my psoa.com.my

psoa.com.my psoa.com.my

psoa.com.my psoa.com.my

psoa.com.my psoa.com.my

psoa.com.my psoa.com.my

psoa.com.my psoa.com.my

psoa.com.my psoa.com.my

psoa.com.my psoa.com.my

psoa.com.my psoa.com.my

psoa.com.my psoa.com.my

psoa.com.my psoa.com.my

psoa.com.my psoa.com.my

psoa.com.my psoa.com.my

psoa.com.my psoa.com.my

psoa.com.my psoa.com.my

psoa.com.my psoa.com.my

psoa.com.my psoa.com.my

psoa.com.my psoa.com.my

psoa.com.my psoa.com.my

psoa.com.my psoa.com.my

psoa.com.my psoa.com.my

psoa.com.my psoa.com.my

psoa.com.my psoa.com.my

psoa.com.my psoa.com.my

psoa.com.my psoa.com.my

psoa.com.my psoa.com.my

psoa.com.my psoa.com.my

psoa.com.my psoa.com.my

Riwayat Poyang Jelema

Gambar : Hiasan

Poyang1 Jelema atau nama panggilannya moyang Jelema adalah merupakan seorang wira Orang Asli dari suku kaum Jakun, zaman dahulu. Seorang Poyang yang tinggal di Tg. Bukit Batu, persisiran pantai laut China Selatan. Moyang Jelema mempunyai keistimewaan ilmu batin yang luar biasa. Boleh memuja sehelai ‘daun lalang’ menjadi sebilah ‘pedang sutera’, menghilangkan diri (ghaib) dan seorang pendekar buah pukul2. Menurut Tok Batin Deh (cucu-cicit Poyang Jelema) , pedang sutera lembut seperti bayu dan membunuh musuh tanpa rasa kesakitan atau kesan luka.
 
Pada suatu ketika, sekembalinya dia dari mencari damar dan rotan, didapati rumahnya musnah seperti diserang garuda. Yang tinggal seekor anak anjing kesayangan peliharaan anak lelakinya berusia tujuh tahun. Anak anjing tersebut duduk melolong sayu, sambil memerhati ke arah lautan.

Dari arah hujung Tg. Bukit Batu tersebut di mana tapak pondok kediaman moyang Jelema, kelihatan sebuah kapal sedang berlabuh. Adapun kapal itu sangat jauh kedudukannya dari pantai ; kelihatan sebesar sehelai ‘daun sireh’ ditengah lautan.

Disambarnya sehelai daun lalang lalu diserunya menjadi sebilah pedang sutera dan dililitkan dipinggang. Beliau belari sepantas kilat di atas permukaan lautan menuju ke arah kapal tersebut yang telah menculik dan membunuh isteri serta anak lelakinya.

Setelah sampai di atas kapal, wajahnya bertukar seperti singa apabila terpandang kepala isterinya terkulai berlumuran darah dan sementara anak lelakinya tergantung mati dijerut dengan tali. Amat menyedihkan lagi kelihatan diwajah anaknya itu berlinangan air matanya menahan kesakitan akibat didera. Anak-anak kapal tersebut yang juga merupakan kumpulan lanun cuba untuk menghalangnya. Beliau menghunus pedangnya dengan sepantas kilat membunuh seorang demi seorang anak-anak kapal yang menyerangnya. Dengan berangnya beliau menghampiri nahkoda kapal (anak lelaki ketua kumpulan lanun) maka berlakulah pergelutan pedang disitu. Akhirnya beliau dapat menumpas nahkoda tersebut dengan memenggal kepalanya. Sebelum kembali ke daratan, dikirimkannya kepala nahkoda itu kepada ayahandanya yang merupakan ketua kumpulan lanun rantau laut selatan. 

Sesudah itu, sampai sahaja ke daratan ; dibuatnya pula satu garisan berbentuk bulatan besar yang disebut sebagai ‘bulatan laksmana rimba’. Dengan berpakaian putih dan berselimpang hitam, Moyang Jelema duduk bersila rapat di tengah-tengah bulatan tersebut sambil menghadap dulang pebaran3.

Selama beberapa hari disitu beliau hanya makan tujuh ulas bertih4  dan tujuh bekas kecil air suci gunung gelap5. Setelah tiga hari , tiga malam , menunggu kedatangan lanun-lanun tersebut untuk membalas dendam. Hari ke tiga, maka tibalah jong kapal yang amat besar beserta pahlawan handal lagi perkasa, bengis dan menakutkan. Dari jauh lagi sudah kedengaran gempak bapa kepada lanun yang mati dibunuhnya itu mencabar beliau. Setelah mendarat di Tg. Bukit Batu, diarahkan angkatan bersenjatanya mengepung, menyerang dan mencincang moyang Jelema.

Akan tetapi malangnya nasib mereka setelah seorang demi seorang yang melangkah masuk ke dalam kawasan garisan bulatan yang dibuat oleh moyang Jelema ; tenggelam bagaikan terjatuh ke dalam lumpur, ditelan bumi. Segala lembing dan tombak melintasi garisan bulatan itu yang menuju ke arah moyang Jelema ; berderai menjadi debu. Sejurus kemudian seperti satu tiupan angin kencang seakan ribut debu bergerak ke arah lanun-lanun tersebut. Debu halus mengena mata, terhidu dan termasuk ke mulut mereka membuatkan mata, hidung dan mulut mereka berdarah. Pada masa yang sama juga kulit tubuh badan mereka terasa pedih yang amat dan gatal. Akhirnya lanun-lanun itu bertempiaran lari menyelamatkan diri masing-masing dan ada yang menjerit melolong kesakitan.

Moyang Jelema terus duduk bersila rapat dengan mata terpejam dan mulutnya tak henti-henti mambaca ‘mantera sakti’.

Sementara ketua lanun tersebut pula cuba menghampiri moyang Jelema dengan bengisnya dan bersuara dalam keadaan cemas bertanyakan akan sebabnya moyang Jelema bertindak demikian. Jawab moyang Jelema, beliau hanya mempertahankan maruah, menuntut keadilan keatas kezaliman pembunuh isteri dan anak lelakinya yang tidak berdosa, penuh kekejaman dan tidak berperi kemanusian langsung.

Tambah Moyang Jelema, “ asal usul hamba Orang Asli, tujuh tapis turun temurun hidup disini, tidak pernah sesekali membuat dosa ; membunuh sesama manusia”. Ujarnya lagi “ kali ini, hutang darah, hamba bayar dengan darah, berpantang ajal sebelum maut ”.

Demi keadilan juga moyang Jelema berdiri sambil membelakangi ketua lanun tersebut lalu mempelawanya masuk ke dalam bulatan untuk bertarung satu lawan satu. Apabila ketua lanun itu cuba melangkah kehadapan, kakinya terpaku melekat di bumi. 

Setelah menyedari apa yang berlaku, ketua lanun terus melutut, dan menyembah moyang Jelema, memohon maaf di atas segala perbuatan laknat anak lelakinya itu. Lalu beliau mengarah segelintir lagi anak kapalnya yang masih hidup kembali ke bahtera. Selepas tujuh langkah ke hadapan meninggalkan kawasan garisan bulatan moyang Jelema, ketua lanun menoleh ke belakang dan didapatinya moyang Jelema sudah tiada lagi di situ. Yang tinggal hanyalah mayat-mayat bergelimpangan memenuhi kawasan bulatan tersebut.

Sejurus kemudian, kedengaran suara moyang Jelema melarang keras ketua lanun dan anak buahnya dari menjejaki kaki kawasan itu lagi. 

Tragedi tersebut akhirnya diketahui oleh sanak saudara serta kaum kerabat moyang Jelema yang tinggal berdekatan jaraknya hanya sepelaung dari situ. Sanak saudara dan kaum kerabat beliau menyangkakan moyang Jelema sudah mati dilapah oleh lanun-lanun tersebut. Namun selepas tiga purnama, salah seorang anak saudaranya yang juga merupakan anak murid moyang Jelema mendapat alamat (melalui mimpi) menyatakan beliau masih hidup dan berpesan agar tidak bersusah hati. Jika ingin berjumpa, beliau meminta ‘bertih’ ditabur dan bakar ‘kemeyan putih’ atas puncak Tg. Bukit Batu.

Adapun khabarnya hanya suara moyang Jelema sahaja kedengaran manakala wajahnya tidak kelihatan. Sireh-pinang, rokok gulung, nasi kunyit, panggang tupai, hati kura-kura, dan lain-lain yang dibawa untuknya pada waktu itu (ghaib) diambil oleh moyang Jelema. Sebelum anak saudaranya dan  kaum kerabatnya beredar pulang, moyang Jelema sempat memberi mereka seketul kemeyan yang dibalut dengan kain putih bagi memudahkan anak saudaranya berjumpa beliau.        


Nota :
1 Poyang - menurut Orang Asli (Suku Jakun) ilmu kebatinan terdapat tiga peringkat iaitu jampi biasa (mantera) , bomoh / pawang , dan poyang. Ramai dikalangan mereka menguasai peringkat jampi biasa. Sebilangan kecil bertaraf bomoh (Tok Bomoh) atau pawang (Tok Pawang)  manakala peringkat Poyang jarang sekali. Seseorang yang sudah cukup syarat, peringkat paling tinggi ilmu kebatinan maka disebut ‘poyang’. Diantara kelebihan seorang Poyang ialah boleh menghilangkan diri (tidak boleh dilihat oleh mata kasar manusia) , boleh berkomunikasi dengan alam ghaib dan handal buah pukul . 
2 Buah Pukul – seni pertahanan diri (asal) berserta ilmu kebatinan Orang Asli (Suku Jakun). Contohnya Buah Pukul Bintan, Setapak Pukul Ttiga, Harimau Berantai, Buah Pukul Bangsawan, Buah Hang Tuah, dll. 
3 Talam Pebaran - bekas (berbentuk talam) tempat letak bertih, beras basuh, pengebas, sireh, pinang, dapur kecil tempat membakar kemeyan, mangkuk kecil berisi air, limau nipis, pisau lipat, dan lain-lain bahan untuk upacara perubatan / ilmu kebatinan. “Pebaran” adalah dapur kecil tempat membakar kemeyan atau ‘akar sesiak’ (sejenis tumbuhan hutan).
Bertih - padi huma atau padi biasa yang digoreng seterusnya kembang dan warnanya putih buih. Digunakan dalam upacara perubatan / ilmu kebatinan Orang Asli. Lazimnya dalam perubatan mengubati orang sakit, bela kampung, netau*, dll.
* netau - ialah upacara tradisional membuka kawasan baru bagi tujuan penempatan baru, sawah padi (huma) ,  kebun-dusun, dll.  
Gunung Gelap – menurut kepercayaan Orang Asli (Suku Jakun) Gunung Gelap adalah alam ghaib (misteri) hanya seseorang Poyang sahaja boleh sampai ke sana.

Terakhir dikemaskini (Rabu, 25 Mei 2011 15:21)

 
Pengumuman







1 MALAYSIA
Salam 1 Malaysia Persatuan Siswazah Orang Asli Semenanjung Malaysia



ORANG ASLI
1 Orang Asli : 1 Payung 1 Bumbung



TAHUN 2014
KENANGAN semalam, mengisi makna hari ini, membawa harapan hari esok.



PENCAPAIAN
Kejayaan Orang Kita Tanggungjawab Orang Kita



31 DISEMBER 2013 (SELASA)
Hari Perayaan Orang Asli Menyambut Tahun Baru 2014



QUOTES OT THE YEAR
Easy to judge the mistakes of others. Difficult is to recognize our own mistakes.




Ads on: Special HTML
Jam

Kalendar
October 2014
MTWTFSS
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
2728293031 
Pelawat
mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari Ini4
mod_vvisit_counterSemalam483
mod_vvisit_counterMinggu ini1801
mod_vvisit_counterMinggu Lepas3988
mod_vvisit_counterBulan Ini487
mod_vvisit_counterBulan Lepas18533
mod_vvisit_counterJumlah689513