MukaDepan
Koleksi Lensa
Joomla Templates and Joomla Extensions by JoomlaVision.Com

psoa.com.my psoa.com.my

psoa.com.my psoa.com.my

psoa.com.my psoa.com.my

psoa.com.my psoa.com.my

psoa.com.my psoa.com.my

psoa.com.my psoa.com.my

psoa.com.my psoa.com.my

psoa.com.my psoa.com.my

psoa.com.my psoa.com.my

psoa.com.my psoa.com.my

psoa.com.my psoa.com.my

psoa.com.my psoa.com.my

psoa.com.my psoa.com.my

psoa.com.my psoa.com.my

psoa.com.my psoa.com.my

psoa.com.my psoa.com.my

psoa.com.my psoa.com.my

psoa.com.my psoa.com.my

psoa.com.my psoa.com.my

psoa.com.my psoa.com.my

psoa.com.my psoa.com.my

psoa.com.my psoa.com.my

psoa.com.my psoa.com.my

psoa.com.my psoa.com.my

psoa.com.my psoa.com.my

psoa.com.my psoa.com.my

psoa.com.my psoa.com.my

psoa.com.my psoa.com.my

psoa.com.my psoa.com.my

psoa.com.my psoa.com.my

psoa.com.my psoa.com.my

psoa.com.my psoa.com.my

psoa.com.my psoa.com.my

psoa.com.my psoa.com.my

psoa.com.my psoa.com.my

psoa.com.my psoa.com.my

psoa.com.my psoa.com.my

psoa.com.my psoa.com.my

psoa.com.my psoa.com.my

psoa.com.my psoa.com.my

psoa.com.my psoa.com.my

psoa.com.my psoa.com.my

psoa.com.my psoa.com.my

psoa.com.my psoa.com.my

psoa.com.my psoa.com.my

psoa.com.my psoa.com.my

psoa.com.my psoa.com.my

psoa.com.my psoa.com.my

psoa.com.my psoa.com.my

psoa.com.my psoa.com.my

psoa.com.my psoa.com.my

psoa.com.my psoa.com.my

psoa.com.my psoa.com.my
Login



Undian
Pandangan Anda Mengenai Laman Web PSOA?
 

Bakti Ikhlas Kepada Masyarakat

Tinggi nun jauh di sana, udaranya nyaman dan segar, itulah Cameron Highlands.  Di lembah, di celah atau kaki bukit, lereng ataupun di puncak pergunungan, di kawasan-kawasan tertentu ; ada terdapat perkampungan Orang Asli. Beratus-ratus tahun, dan malahan sebelum penjajah Ingeris menjejak kaki ke situ lagi, Orang Asli sudahpun wujud di sana ; dan tidak boleh dinafikan lagi bahawa mereka adalah penghuni asal Cameron Highlands.

Awal pagi lagi, barisan kepimpinan Persatuan Siswazah Orang Asli Semenanjung Malaysia (PSOA) sudah mula mengatur langkah menuju ke Sekolah Menengah Sultan Ahmad Shah, Tanah Rata, Cameron Highlands. Suasana sejuk diseliputi kabus tidak menjejas niat ikhlas untuk menabur bakti kepada masyarakat. Pastinya di sana 300 orang pelajar Orang Asli telah menunggu kedatangan mereka dengan penuh harapan dan kegembiraan. Kedatangan mereka juga disambut oleh En. Sehgar Kandasamy, Guru Bimbingan & Kaunseling Sekolah Menengah Sultan Ahmad Shah.

  

Sudah hampir sebulan berlalu, namun masih dalam ingatan semasa bersama-sama anak bangsa yang dikasihi iaitu bakal pemimpin masyarakat Orang Asli akan datang. Dalam tempoh masa yang agak singkat, segala pengalaman menghadapi cabaran untuk berjaya dalam pelajaran, dan kerjaya barisan kepimpinan persatuan dapat dikongsi bersama pelajar. Peristiwa suka duka, pahit manis sewaktu belajar ; dibangku sekolah sehingga ke manara gading, dan pengalaman menghadapi alam pekerjaan, memberi inspirasi serta menguatkan tekat para pelajar Orang Asli sekolah tersebut untuk meneruskan impian dan cita-cita mereka.

 

Dari sinar mata dan seri wajah para pelajar, jelas kelihatan kebolehan dan keupayaan mereka untuk terus maju dalam pelajaran. Hatta, yakini, mereka boleh menjejaki kaki ke universiti ; sama ada dalam atau ke luar negara, seperti mana kejayaan yang diperolehi oleh Ahli-ahli PSOA.

Program Kembara Pendidikan IV : Persatuan Siswazah Orang Asli Semenanjung Malaysia (PSOA) pada 14 Julai 2012 yang diadakan di Sekolah Menengah Sultan Ahmad Shah, Tanah Rata, Cameron Highlands, Pahang Darul Makmur, dirasmikan oleh En. Rashid Ka', Presiden PSOA. Program ini adalah lanjutan jemputan khas oleh sekolah berkenaan kepada Persatuan Siswazah Orang Asli Semenanjung Malaysia (PSOA). Sementara Ceramah Kesedaran & Kecemerlangan Pendidikan Orang Asli disampaikan oleh Y. Bhg. Dato' Suki Mee, Timbalan Presiden PSOA. Di majlis tersebut juga Persatuan Siswazah Orang Asli Semenanjung Malaysia (PSOA) turut menyampaikan sumbangan kepada enam (6) orang pelajar cemerlang (Orang Asli).

Menurut En. Rashid Ka' Program Kembara Pendidikan ini merupakan aktiviti berterusan dan menjadi agenda utama Persatuan Siswazah Orang Asli Semenanjung Malaysia (PSOA). Berdasarkan program yang dijalankan sebelum ini jelas menunjukkan sambutan menggalakkan daripada ibubapa dan pelajar-pelajar.

Beliau juga menyarankan Kementerian Pelajaran Malaysia agar lebih prihatin ; memberi keistimewaan atau membuat pengambilan khas supaya lebih ramai lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dari kalangan pelajar Orang Asli mengikuti kursus atau program perguruan di bawah kementerian tersebut.

Misi Program Kembara Pendidikan IV, diketuai oleh En. Rashid Ka', Presiden Persatuan Siswazah Orang Asli Semenanjung Malaysia (PSOA), bersama-sama barisan kepimpinannya iaitu Dato' Suki Mee (Timbalan Presiden) , Puan Sarimah Jamil (Setiausaha Kehormat) , Cik Bibah Udang (Penolong Setiausaha), Puan Jawiah Udang, En. Mohd Firdaus Ayak B. Abdullah, En. Othman Kangsar, Kpt.(B) Kamariza B. Kimtai, dan En Hanizam Lauangan.

Hadir sama dalam program tersebut iaitu Pengerusi dan Timbalan Pengerusi Majlis Belia Orang Asli Malaysia (MOYC) iaitu En. Clive Allen Williams Hunt (Pengerusi) dan  En. Kamarudy Bin Kimtai (Timbalan Pengerusi) yang mana kedua-duanya merupakan Ahli PSOA. Diantara Ahli PSOA yang hadir iaitu Pn. Rasila Yas, Pn. Nazira Jalil, dan lain-lain.

Terakhir dikemaskini (Selasa, 14 Ogos 2012 17:26)

 

Mesyuarat Agung Tahunan

Mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan adalah suatu kewajipan bagi sesebuah pertubuhan yang berdaftar di bawah Pendaftar Pertubuhan.

Persatuan Siswazah Orang Asli Semenanjung Malaysia (PSOA) seperti biasa telah menjalankan amanah dan tanggungjawab tersebut pada awal Mei 2012 yang lalu di Vistana Hotel, Kuala Lumpur.

Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan PSOA Ke 7, dirasmikan oleh En. Rashid Ka’, Presiden PSOA. Segala-galanya berjalan dengan lancar, penuh mesra dan harmoni. Beberapa usul dasar berkaitan Orang Asli dibincangkan antaranya mengesa supaya Jabatan Kemajuan Orang Asli Malaysia (JAKOA) memberi bantuan pendidikan (tajaan) kepada anak-anak Orang Asli yang melanjutkan pelajaran diperingkat sarjana (Master) dan doktor falsafah (Phd) sama ada di dalam atau luar negara.

Ahli Mesyuarat juga minta kerajaan agar melihat secara positif pengisian jawatan di Jabatan Kemajuan Orang Asli Malaysia (JAKOA) selaras dengan tuntutan masyarakat itu sekurang-kurangnya 50% penjawat jawatan peringkat pengurusan dan sokongan hendaklah terdiri dari golongan terpelajar Orang Asli. Ini termasuklah jawatan Ketua Pengarah, Timbalan Ketua Pengarah dan Pengarah Peringkat Negeri-negeri. Dato’ Suki Mee, Timbalan Presiden PSOA mencadang dan menyokong usul tersebut berterusan dibawa untuk perhatian dan tindakan peringkat tertinggi kerajaan.

En. Rashid Ka’, menjelaskan permintaan masyarakat Orang Asli sekurang-kurang 50% penjawat jawatan di JAKOA hendaklah dikalangan Orang Asli itu bukan bermaksud peringkat pengurusan atau pegawai-pegawai kumpulan sokongan JAKOA yang sedia ada sekarang ini tidak berkemampuan atau tidak berkebolehan. Sebaliknya masyarakat Orang Asli menghargai komitmen mereka dan sentiasa mengingati sumbangan, jasa bakti pegawai-pegawai JAKOA. Masyarakat Orang Asli sedar sebilangan pegawai-pegawai tersebut juga berkerja keras berkhidmat untuk memajukan serta membela nasib demi masa depan masyarakat Orang Asli, contohnya usaha gigih Y. Bhg. Dato’, Ketua Pengarah JAKOA sendiri.

Namun, struktur pentadbiran JAKOA itu perlu ‘perubahan’ selaras dengan gelombang transformasi kerajaan, mengutamakan rakyat dan bersesuaian dengan era masa kini.

Dari satu sudut lagi, kerajaan juga perlu memikirkan untuk melantik seorang Menteri Hal Ehwal Orang Asli, Malaysia dari kalangan masyarakat Orang Asli.

Lain-lain isu dasar yang turut disentuh iaitu berkaitan hak milik tanah dan pencerobohan tanah atau pencerobohan kawasan penempatan masyarakat Orang Asli. Dimana, hampir seluruh negara masyarakat Orang Asli kurang selesa dengan perkara ini dan mengesa kerajaan persekutuan dan negeri agar lebih serious lagi menyelesaikan kes-kes tanah Orang Asli.

PSOA juga minta jasabaik Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri-negeri di Semenanjung Malaysia agar mewartakan segera kawasan tanah masyarakat Orang Asli.
 
Dalam Persidangan tersebut juga beberapa orang pemimpin baru dilantik bagi memacu perubahan serta memperkasa pertubuhan itu seperti yang diumumkan oleh Presiden iaitu En. Asmawi, En. Aizal Izuan, Cik Edvina dan Cik Suzana Yusoh. Segala pengalaman, kesetiaan kepada persatuan dan jati diri mereka diperlukan agar persatuan terus mantap dan bersenergi.

     

Menurut En. Rashid Ka’, ramai golongan terpelajar Orang Asli yang berminat ingin berkhidmat atau berbakti kepada masyarakat secara sukarela perlu ada ikhlasan, amanah dan bertanggungjawab serta berani tampil kehadapan sebagai  'pemimpin barisan hadapan' Orang Asli bersama dalam gagasan Persatuan Siswazah Orang Asli Semenanjung Malaysia selaras dengan gelombang transformasi kerajaan yang sentiasa mendahulukan kepentingan rakyat.

Terakhir dikemaskini (Sabtu, 11 Ogos 2012 15:39)

 

Yayasan Orang Asli Malaysia (YOS)

 

Yayasan Orang Asli Malaysia (Malaysian Orang Asli Foundation) atau dengan ringkasnya dikenali sebagai "YOS" adalah sebuah badan atau organisasi sepenuhnya Orang Asli Semenanjung Malaysia yang menitik berat hal-hal pendidikan masyarakat tersebut. YOS akan menjadi badan pengantara dan pelengkap ke arah pembangunan dan kemajuan ; pendidikan, ekonomi, seni budaya, adat resam, belia dan sukan serta kebajikan Orang Asli.

Menurut En. Rashid Ka' , Presiden Persatuan Siswazah Orang Asli Semenanjung Malaysia (PSOA) , kelulusan pemerbadanan Yayasan Orang Asli Malaysia (YOS) pada awal Januari 2012 ; membuka lambaran baru dan harapan serta jangkaan masyarakat tersebut.

En. Rashid Ka' yang juga Pengerusi Ahli Lembaga Pemegang Amanah YOS dan Ahli Lembaga Pemegang Amanah YOS ; bertekat untuk memacu badan itu agar menjadi sebuah organisasi yang berperanan serta berkepentingan 100% Orang Asli, dan akan sentiasa seiringan dengan kerajaan membangun serta memelihara kesejahteraan dan keamanan negara, Malaysia.

Beliau juga menyeru agar mana-mana pihak, individu, kumpulan atau agensi serta badan-badan kerajaan atau swasta yang prihatin terhadap nasib masa depan masyarakat Orang Asli ; dengan ikhlas bolehlah menyalurkan sumbangan masing-masing kepada Yayasan Orang Asli Malaysia.

Alamat Surat-menyuarat (sementara) : 

YAYASAN ORANG ASLI MALAYSIA
( Malaysian Orang Asli Foundation)
P.O. Box 9, 26700 Bandar Muadzam Shah, Pahang Darul Makmur
Malaysia

Terakhir dikemaskini (Sabtu, 11 Ogos 2012 15:50)

 

Kerajaan Negeri Perak Warta 2,959.85 Hektar Tanah Orang Asli Libatkan 23 Kawasan
25 Mac, 2012  17:53 PM

IPOH, 25 Mac (Bernama) - - Kerajaan Negeri Perak mewartakan 2,959.85 hektar tanah Orang Asli meliputi kawasan kediaman dan pertanian yang melibatkan 23 kawasan di seluruh negeri, kata Menteri Besar Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir.

Beliau berkata masih terdapat 21 kawasan yang akan diwartakan dalam masa terdekat dan apabila siap kelak, jumlah kawasan Orang Asli yang diwartakan adalah seluas 10,280.8314 hektar.

Bercakap kepada pemberita selepas majlis pecah Surau Rafeah, Meru Perdana di sini hari ini, beliau berkata selain kawasan Orang Asli, kerajaan melaksanakan pelbagai dasar dan pendekatan bagi memberi keselesaan kepada rakyat melalui kerjasama dengan pihak swasta.

Zambry berkata sebelum ini, kerajaan melaksanakan beberapa pendekatan termasuk memberi geran hak milik kepada penduduk setinggan.

“Ini dilakukan melalui pendekataan ‘in situ’ dengan penduduk setinggan diberikan geran di kawasan-kawasan tempat tinggal mereka dan bagi kawasan yang tidak sesuai mereka akan dipindahkan ke kawasan lain,” katanya.

Dalam pada itu, Zambry berpuas hati dengan pemaju MK Land yang membina rumah baru di kawasan Meru Perdana dengan teknologi ‘Industrialised Building Systen’ (IBS).

Melalui sistem ini, katanya kawaasan pembinaan lebih selamat, bersih, menjimatkan tenaga buruh, menjimatkan masa dan mengurangkan harga jualan rumah.

Zambry berkata IBS yang diperkenalkan MK Land ini lebih mampat dan selamat serta sangat efisien dari segi ketahanan strukturnya.

“Struktur pembinaannya merupakan penebat bunyi yang baik, kalis anai-anai di samping kos penyelenggaraannya yang minimum,” katanya.

- - Bernama

Terakhir dikemaskini (Isnin, 26 Mac 2012 15:41)

 

SUHAKAM : Jangan Salah Guna Kuasa, Hormati Orang Asli
SINAR HARIAN : 31/01/2012

SHAH ALAM - Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) berpandangan tegas bahawa agensi-agensi penguat kuasa tidak sepatutnya menyalahgunakan kuasa dan, antara lain, harus menghormati hak kumpulan yang terpinggir terutamanya masyarakat Orang Asli dan Pribumi.

Terakhir dikemaskini (Selasa, 14 Februari 2012 07:40)

Baca Lagi...

 
Pengumuman







ORANG ASAL MALAYSIA
Salam Perpaduan Orang Asli



ORANG ASLI
Bangkit Bersama (Rising Together)



TAHUN 2018
The New Year has brought another chance for us to set things right and to open up a new chapter in our lives. Happy New Year 2018.



PENCAPAIAN
In simplest terms, a leader is one who knows where he wants to go, and gets up, and goes.



31 DISEMBER 2017 (Ahad)
Selamat Menyambut Hari Perayaan Orang Asli Tahun Baru 2018



QUOTES OT THE YEAR
Train like an athlete, eat like nutritionist, sleep like a baby, Win Like A Champion.




Ads on: Special HTML
Jam Analog
Kalendar
October 2018
MTWTFSS
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
293031 
Tetamu Online
Kami ada 5 tetamu online
Pelawat
mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari Ini5
mod_vvisit_counterSemalam166
mod_vvisit_counterMinggu ini297
mod_vvisit_counterMinggu Lepas523
mod_vvisit_counterBulan Ini1202
mod_vvisit_counterBulan Lepas1815
mod_vvisit_counterJumlah1047863